PYONGYANG, 26 Julai – Pihak berkuasa Korea Utara telah menguatkuasakan perintah berkurung di bandar sempadan Kaesong setelah mengetahui terdapat kes pertama COVID-19 yang disyaki di negara itu, lapor media negara pada Ahad.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengadakan mesyuarat politburo darurat pada Sabtu untuk melaksanakan "sistem darurat maksimum dan mengeluarkan amaran kelas atas" untuk membendung virus tersebut, kata media Korea, KCNA.

Sekiranya kes yang disyaki itu disahkan positif, ini akan menjadi kes pertama COVID-19 secara rasmi di Korea Utara, di mana infrastruktur perubatan dilihat sangat tidak mencukupi untuk menangani sebarang wabak.

Menurut laporan KCNA, mangsa merupakan seorang pelarian yang telah lari ke Korea Selatan tiga tahun lalu dan kembali ke negara asal.

Pyongyang sebelumnya menegaskan tidak ada satu pun kes COVID-19 di negara itu meskipun pandemik itu melanda seluruh dunia, dan sempadan negara itu tetap ditutup.

Mangsa dilaporkan sedang dikuarantin.

Pihak berkuasa dalam pada itu cuba mengesan mereka yang pernah berhubung dengan mangsa.

Kim juga meminta agar pelarian tersebut dikenakan hukuman berat.