KUALA
LUMPUR: Pihak London School of Economics and Political
Science (LSE) mengesahkan bahawa bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan
(PGCE) Permodalan Nasional Bhd Jalil Rasheed yang memegang ijazah daripada
University of London bukan graduannya.
“Berhubung latar
belakang akademik Jalil Rasheed, penjelasan rasmi daripada pihak LSE
mengesahkan bahawa seorang graduan yang memegang ijazah daripada University of
London bukan merupakan seorang graduan daripada LSE.”
Ini dinyatakan dalam
jawapan bertulis kepada soalan daripada Ong Kian Ming (PH-Bangi) yang meminta
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan mengenai peletakan jawatan
bekas PGCE PNB.
Maklumat yang diterima
oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bahawa latar belakang akademik dan pekerjaan
yang dikemukakan oleh Jalil melalui PNB kepada badan tersebut tidak konsisten,
pihak SC telah membuat inkuiri tentang perkara itu.
“Lanjutan daripada itu,
SC telah mengadakan satu pertemuan dan perbincangan dengan Jalil pada 11 Jun
2020 untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau.”
Pada 13 Jun 2020, Jalil
telah menyerahkan surat peletakan kedua-dua jawatannya atas sebab peribadi.
“Peletakan jawatan ini
telah diterima oleh Lembaga Pengarah PNB pada Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah
pada Isnin 15 Jun 2020.”katanya dalam sidang media di bangunan parlimen pada
Khamis.
Justeru, beliau
mengingatkan semua pengusaha premis makanan termasuk di hotel agar patuh dengan
SOP ditetapkan.
"Saya harap restoran dan kantin patuh kepada apa yang disaran oleh KKM dan MKN ini. Kalau tak patuh, maka Akta 342 digunakan dan mereka boleh dikompaun atau didakwa di mahkamah. SOP ini mudah dan harap semua patuh," tambahnya. – BERNAMA