COVID-19: MB Kedah tolak dakwaan kerajaan negeri lambat bertindak

ALOR SETAR, 17 Ogos -- Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini menolak dakwaan bahawa kerajaan negeri itu tidak bertindak pantas untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 di negeri jelapang padi itu.

Sebagai respon terhadap kritikan di media sosial, Sanusi berkata pihak berkuasa negeri memiliki had dalam sesuatu bidang kuasa mengenai tindakan yang dapat diambil untuk mencegah pandemik tersebut.

"Bagaimana kerajaan (negeri) bekerja tidak seperti yang difikirkan orang ramai.

"Maklumat dari semua agensi dan jabatan kerajaan (di peringkat negeri) akan dibincangkan...ini melibatkan semua pihak seperti jabatan kesihatan negeri, jabatan pendidikan, pihak berkuasa tempatan, polis dan pegawai daerah untuk ditambah baik semula," katanya berkata dalam mesej suara kepada wartawan hari ini.

Sanusi berkata, kerajaan negeri kemudian akan mengesyorkan langkah-langkah yang harus diambil setelah mempertimbangkan semua faktor dan mempertimbangkan pandangan para pakar dalam bidang masing-masing.

Beliau berkata, kerajaan negeri dapat mengambil tindakan segera seperti menutup taman awam dan mengehadkan sektor runcit untuk mengelakkan orang ramai mengerumuni kedai, yang berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

Perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasa kerajaan negeri akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negeri, yang kemudian akan dikemukakan ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan persekutuan, tambahnya.