![]() |
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
TANJUNG MALIM, 23 Ogos -- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa parti komponen BN iaitu Kongres India Malaysia (MIC) adalah salah satu parti yang akan menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional (PN).
Selain MIC, parti-parti lain yang disenaraikan untuk pendaftaran PN sebagai gabungan rasmi termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
“Setakat ini, daripada maklumat yang saya perolehi, MIC telah menjadi salah satu pihak yang mendaftar untuk menjadi anggota PN. Ini bukan masalah kerana PN harus didaftarkan,” memetik laporan Bernama.
Namun, ahli UMNO dan BN tetap menggunakan simbol ‘dacing’ gabungan itu untuk calon mereka yang bertanding pada pilihan raya akan datang, katanya kepada wartawan.
Awal hari ini, ahli Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, lima parti telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai sebahagian daripada gabungan PN, termasuk Bersatu dan PAS.
Awal bulan ini, Zahid telah mengumumkan bahawa UMNO tidak akan menjadi sebahagian daripada gabungan PN namun akan terus memberikan sokongan kepada PN.
Zahid berada di sini untuk berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Kampung Baru, Slim River.
PRK DUN Slim diadakan pada 29 Ogos ini bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.
Allahyarham telah memegang kerusi itu selama empat penggal.