JERUSALEM, 14 Ogos -- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Khamis berkata, negara itu dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencapai perjanjian damai penuh dan rasmi, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam sidang media beliau, Netanyahu berkata, langkah "membuka era baru" kerjasama antara kedua-dua negara dan beliau memujinya sebagai "bersejarah kejayaan menuju perdamaian di Timur Tengah."

Perjanjian itu diumumkan berikutan perbincangan telefon pada Khamis yang diketuai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Putera Mahkota UAE, Mohammed bin Zayed Al Nahyan, dan Netanyahu.

Dalam pada itu, Trump berkata beliau akan menjadi tuan rumah pada sidang kemuncak untuk menandatangani perjanjian damai itu dalam tempoh tiga minggu lagi.

"Saya berharap dapat menjadi tuan rumah mereka (Israel dan pemimpin UAE) di Rumah Putih dalam masa terdekat ini untuk menandatangani perjanjian itu secara rasmi.

"Kami mungkin melakukannya dalam tempoh tiga minggu lagi, " katanya kepada pemberita.