KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengkritik mereka yang telah meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk mendekati Pakatan Harapan (PH).

Najib juga menganggap perkara itu bukan "penghijrahan yang baik".

Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian dalam siaran Facebook sempena Maal Hijrah 1442 bahawa rakyat Malaysia mesti menghargai makna sebenar "hijrah" untuk mengelakkan tertipu oleh janji-janji kosong.

Beliau juga meminta orang ramai untuk kembali menyokong UMNO dan BN, menjelaskan bahawa merekalah adalah pilihan yang lebih baik kerana dapat menjamin kebajikan rakyat.

Beliau berkata rakyat Malaysia tertipu dengan janji bahawa hutang mereka dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Felda akan diselesaikan.

Memetik perjalanan Nabi Muhammad dan pengikutnya dari Mekah ke Madinah, Najib berkata: “Ada yang telah meninggalkan orang-orang UMNO, ada yang meninggalkan BN semata-mata mahu menuju dan mendekati PH.

"Mungkin mereka fikir itu lebih baik. Malangnya itu bukanlah hijrah, kerana semua telah maklum 'penghijrahan' itu tidaklah menjadikan negara lebih baik, tidaklah menjadikan rakyat lebih baik.

"Sempena tahun baru Maal Hijrah hari ini, saya dengan rendah diri ingin mengajak semua rakyat Malaysia hayatilah maksud sebenarnya 'hijrah'," katanya.