Ambiga nafi dilantik pengerusi SPR


KUALA LUMPUR, 2 Ogos -- Peguam dan aktivis hak asasi manusia, Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini menafikan desas-desus bahawa beliau sedang dipertimbangkan untuk mengetuai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggantikan Datuk Azhar Azizan Harun yang meletak jawatan setelah dilantik Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Ambiga berkata demikian selepas Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menentang pelantikannya sekiranya ia benar.

Katanya, pelantikan ketua SPR yang seterusnya diperhatikan dengan teliti oleh mereka yang telah memperjuangkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

"Perkasa harus benar-benar memeriksa faktanya sebelum melakukan kritikan rasis. Saya tidak dicalonkan untuk menjadi pengerusi SPR, dan saya akan sangat terkejut sekiranya saya dicalonkan.

"Mengenai kepimpinan SPR, kita semua yang bertahun-tahun berjuang untuk pilihan raya yang bersih dan adil menyaksikan ini dengan teliti. Pengunduran bekas ketua SPR itu sayangnya menjadikan Suruhanjaya penting ini tidak mudah dilupakan.

"Saya harap mereka di Perikatan Nasional (PN) yang bersama kami dalam perjuangan kami untuk pilihan raya bebas dan adil, akan mengingat jasa dan kerja keras rakyat untuk melihat penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas," katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, yang berkata Ambiga tidak layak untuk jawatan itu kerana sikapnya yang pro-LGBT.


Syed Hassan juga mendakwa bahawa khabar angin itu tersebar luas setelah bekas ahli SPR, Datuk Seri Ramlan Ibrahim telah mengundurkan diri dari SPR semalam, kononnya sebagai protes atas cadangan kerajaan PN untuk melantik Ambiga mengetuai SPR.