NEW DELHI: Bintang terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Bachchan sendiri menerusi satu muat naik di akaun rasmi twitter beliau.
Menurutnya, beliau kini ditempatkan di wad sebuah hospital.

44 minit kemudian, anaknya Abhishek Bachchan, 44, pula mengesahkan dirinya turut dijangkiti virus berbahaya itu.
Pihak berkuasa sudah dimaklumkan mengenai perkembangan ini dan menurut Bachchan, keluarga rapatnya turut diminta menjalani saringan.

Bachchan antara individu berprofil tinggi yang lantang bersuara mengenai kempen memerangi COVID-19.