JOHANNESBURG: Dunia hari ini dikejutkan dengan
satu lagi berita kematian, melibatkan anak perempuan kepada pasangan pemimpin
anti apartheid Afrika Selatan, Nelson dan Winnie Mandela.
Zindzi Mandela yang menggalas
tanggungjawab sebagai Duta Besar Afrika Selatan ke Denmark disahkan meninggal
dunia pada usia 59 tahun.
Berita kematian itu dilaporkan
agensi berita Sputnik yang memetik Perbadanan Penyiaran Afrika Selatan (SABC)
pada Isnin.
Bagaimanapun, punca kematiannya
belum lagi dinyatakan.
Zindzi merupakan anak bongsu
daripada tiga anak perempuan Nelson Mandela dan merupakan yang kedua bersama
Winnie Madikizela Mandela, iaitu isteri keduanya.
Pada tahun 1985, anak perempuan Mandela itu menjadi tumpuan seluruh dunia ketika pemerintah minoriti kulit putih menawarkan untuk membebaskan Nelson Mandela dari penjara jika dia mengecam kekerasan yang dilakukan oleh gerakannya, Kongres Nasional Afrika, menentang apartheid.
