SINGAPURA, 26 Julai ー Singapura melaporkan 481 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad.

Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu sebanyak 50,369 kes.

Kesemua kes tempatan ialah pemegang pas kerja, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Terdapat juga empat kes import sebaik sahaja tiba di negara itu.

Majoriti kes baru ialah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.