JUMLAH kes positif COVID-19
di seluruh dunia merekodkan pertambahan dalam tempoh 24 jam.
Menurut data terbaharu
daripada Johns Hopkins University, jangkitan setakat pagi Selasa mencecah 13
juta kes.
Amerika Syarikat (AS) kekal
sebagai negara paling teruk terjejas.
Angka jangkitan di negara itu kini melebihi 3.3 juta kes positif.
Brazil negara kedua dengan
kes positif jangkitan tertinggi iaitu 1.8 juta kes.
India dan Rusia melepasi
angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan lebih 870,000 dan
730,000 kes.
Peru dan Chile pula lepasi
angka jangkitan 300,000 kes.
Sepuluh negara yang
merekodkan angka positif melebihi 200,000 ialah United Kingdom, Mexico,
Sepanyol, Itali, Iran, Pakistan, Arab Saudi, Turki, Perancis, Afrika Selatan
dan Jerman.