KUALA LUMPUR: Sarawak mencatatkan jumlah kes aktif COVID-19 tertinggi, setelah mencatat enam kes aktif baru.

Infografik kementerian kesihatan menunjukkan terdapat 22 kes aktif hari ini berbanding 17 kes yang direkodkan semalam.

Negeri Bumi Kenyalang itu dibimbangi berdepan ancaman gelombang kedua wabak susulan 10 kes baru dicatatkan pada Jumaat dan kemunculan kluster-kluster baru.

Ini diikuti oleh Selangor dengan 16 kes aktif.

Sementara itu, empat negeri - Terengganu, Johor, Kuala Lumpur, Melaka dan Sabah - mencatatkan jumlah kes aktif satu digit.

Negeri hijau tanpa kes aktif ialah Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Setakat ini, 8,779 kes COVID-19 telah direkodkan di negara dengan 123 kematian.

Sebanyak 8,553 orang telah pulih sementara 103 masih dirawat.