WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akhirnya menggunakan penutup muka di khalayak umum sejak awal wabak COVID-19.
"Saya rasa sangat bagus untuk memakai topeng muka. Saya tidak pernah menentang topeng muka tetapi saya yakin mereka mempunyai masa dan tempat," katanya ketika meninggalkan Rumah Putih sebelum mengunjungi hospital tentera Walter Reed di luar Washington untuk bertemu dengan veteran.
Trump sebelum ini pernah berkata bahawa beliau tidak akan memakai topeng muka.
Bercakap dengan Fox Business Network minggu lalu, Trump menyukai penampilan dirinya menggunakan topeng muka, menyamakan dirinya dengan Lone Ranger, seorang watak fiksyen bertopeng.
Sebelum ini, Trump pernah menggalakkan rakyatnya untuk memakai topeng muka di tempat awam namun ianya sekadar cadangan.
Negara itu pernah mencadangkan agar rakyatnya menutup muka dengan apa sahaja termasuk t-shirt dan sapu tangan.
