Ketika seluruh Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) heboh di media sosial mengenai kisah Veveonah Mosibin yang digelar “gadis pokok” selepas video dimuat naik olehnya di YouTube.
Dalam video tu, Veveonah yang berasal dari Sabah itu meluangkan masa 24 jam di atas pokok demi mendapatkan isyarat internet semata-mata untuk menjawab peperiksaan secara atas talian!
Ternyata usahanya itu tidak sia-sia dan membuahkan hasil apabila Veveonah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.
Melalui vlog Shopee baru-baru ini, Veveonah mendedahkan bahawa dia mendapat 3.5 CGPA untuk peperiksaan yang dijawabnya itu!
Video itu dimuat naik oleh akaun rasmi Shopee di Youtube, menunjukkan kumpulan mereka melawat Veveonah di Sabah untuk memberikan beberapa hadiah.
Melalui video tersebut, Veveonah dan team Shopee menunjukkan barang yang dihadiahkan kepadanya seperti bank kuasa (powerbank), tripod, komputer riba, speaker dan beberapa peralatan elektronik yang lain.
Selain itu, Veveonah juga dihadiahkan telefon bimbit yang baru supaya dia dapat merakamkan video dengan kualiti yang lebih elok serta tidak perlu meminjam milik ibunya lagi.