Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha.

BANGKOK: Menteri Buruh Thailand, Chatumongol Sonakul pada Isnin telah meletak jawatan, menjadikan beliau sebagai menteri keenam yang mengundurkan diri dari kabinet Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha sejak beberapa minggu lalu.

Pengunduran diri itu bagi membuka jalan untuk rombakan kabinet utama dalam ekonomi paling teruk di Asia Tenggara ketika berusaha untuk pulih dari kesan global akibat krisis COVID-19.

Chatumongol mengesahkan kepada Reuters bahawa beliau telah meletak jawatan, tetapi tidak memberikan alasan atau komen lanjut.

Pada minggu lepas, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Tewan Liptapanlop mengundurkan diri dari kabinet, setelah Menteri Kewangan, Uttama Savanayana, Timbalan Perdana Menteri, Somkid Jatusripitak dan dua lagi menteri lain, turut meletak jawatan pada Khamis.

Sebelum ini, Prayuth berkata beliau merancang untuk merombak kabinet pada September ini, selepas pembentangan dan belanjawan tahunan dan sesi debat berkaitan selesai.