KOTA KINABALU, 29 Julai ー Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hari ini mengumumkan bahawa beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru setelah mendapat sokongan yang cukup dari ADUN Sabah.
Katanya, ADUN itu terdiri dari Warisan, PKR, PPBM dan UMNO Sabah.
"Langkah seterusnya adalah bertemu dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan menyerahkan akuan berkanun (SD) dari ADUN," kata Musa pada sidang media di sini.
Bagaimanapun ketika mengumumkan perkara itu, Musa tidak memberitahu jumlah majoriti mudah yang diperolehinya bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan).
Keretakan pertama dalam kerajaan negeri Warisan bermula bulan lalu ketika ADUN Sugut, Datuk James Ratib dan ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury umum keluar parti UPKO, salah satu parti komponen kerajaan negeri itu.