CALIFORNIA: Pihak polis di Jabatan
Sheriff Daerah Ventura telah menemui mayat di Tasik Piru dekat
sini, lokasi di mana bintang siri TV "Glee", Naya Rivera
dilaporkan hilang pada Rabu lalu.
Menurut jurucakap polis, mayat
yang dijumpai itu bagaimanapun masih belum dikenal pasti.
"Kami akan mengadakan sidang
media pada jam 2 petang, Isnin (5 pagi waktu Malaysia),"
lapor polis menerusi ciapan Twitter.
Terdahulu, pihak polis menolak kemungkinan kehilangan pelakon yang berusia 33 tahun itu ada kaitan dengan cubaan bunuh diri.
Menurut pihak berkuasa, dakwaan itu disokong oleh kenyataan anak lelakinya yang ditemui berseorangan di atas bot dekat lokasi kejadian.
Rivera, dilaporkan hilang pada
Rabu lepas setelah anak lelakinya yang berusia empat tahun, Josey,
ditemui sendirian di atas kapal yang disewa oleh pelakon itu
di sebuah tasik.