KUALA LUMPUR: Sasterawan terkenal Indonesia,
Sapardi Djoko Damono meninggal dunia pada jam 9.17 pagi pada Ahad, lapor CNN
Indonesia.
Sapardi yang dikenali dengan sajak Hujan Bulan
Juni berusia 80 tahun itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospitel
Eka, Tangerang Selatan.
Wartawan veteran dan budayawan Indonesia,
Goenawan Mohamad antara yang mengucapkan salam perpisahan menerusi Twitternya.
Ketua Pengarang Tempo. Arif Zulkifli turut
mengucapkan salam perpisahan dan mengenang Sapardi menerusi ciapannya di
Twitter.
Arif turut berkongsi bait-bait sajak karya
Sapardi berjudul Pada Suatu Hari Nanti.
Terdahulu, seorang sutradara Komunitas Teater
Keliling, Rudolf Puspa, dalam satu ciapan di Twitter menyatakan Sapardi jatuh
sakit dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
"Sasterawan Sapardi Djoko Damono masuk ICU
di Eka Hospital. Kerja organ (fungsi) tubuh menurun. Mari kita doa
kesihatannya," tulisnya.
Sapardi yang dilahirkan pada 20 Mac 1940 di
Solo, Jawa Tengah itu terkenal sebagai seorang penyair besar yang banyak
menyumbang karya luar biasa dalam genre puisi.
Antara karya beliau yang sangat dikenali ramai terutama khalayak sastera ialah Hujan Bulan Juni dan Sihir Hujan.