KUALA
LUMPUR: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul
Rahim pagi ini memohon maaf atas kenyataanya terhadap seorang ahli Parlimen DAP
yang mencetuskan pergaduhan di Dewan Rakyat semalam.
Azeez, yang menarik
balik kenyataannya itu semalam, bersetuju dengan arahan speaker Datuk Azhar
Harun.
"Saya menarik balik
dan memohon maaf,” katanya.
Azeez berkata bahawa
Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) berdiri di tempat yang gelap dan tidak dapat
dilihat.
Dalam mempertahankan kenyataannya,
Azeez berkata bahawa dirinya juga gelap dan tidak dapat dilihat.
Bercakap pagi ini,
beliau berkata bahawa beliau tidak berniat menghina sesiapa dengan memanggil
mereka gelap, dan bahawa kawasan tempat Kasthuri duduk semalam sememangnya
redup.
"2 tahun saya
duduk di situ. Same spot di situ.
Sememangnya kawasan tu gelap dak kami selalu tak dapat perhatian daripada Tuan
Speaker," katanya.
Sementara itu, Kasthuri
mengucapkan terima kasih kepada speaker kerana mengarahkan Azeez menarik balik
kenyataannya, dengan mengatakan ia tidak seharusnya dibuat.
"Pada pandangan
saya, dan saya percaya ramai juga ahli Parlimen di sini berpendapat, perkara
tersebut, walau apa pun alasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Baling, tidak
perlu dikeluarkan, tidak perlu disebut sebab kita faham niat di sebalik
kenyataan tersebut bukanlah semata-mata untuk mengatakan tempat ini gelap,
kurang lighting dan sebagainya.
"Kenapa perlu ungkitkan isu 'pakailah bedak'?" tambahnya. "Itu adalah satu komen yang sangat seksis dan sebelum itu mengenai yang 'gelap' ni adalah satu kenyataan yang rasis,".