KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada hari
ini dijangka menghangatkan suasana lagi pada hari kedua Mesyuarat Kedua Penggal
Ketiga, Parlimen ke-14.
Sidang Dewan Rakyat semalam ditangguhkan pada 3.30
petang, lebih awal daripada kebiasaan, selepas kelulusan usul pelantikan enam
ahli Jawatankuasa Pemilih yang baharu menggantikan ahli sebelum ini.
Ia susulan kekecohan yang berlaku disebabkan perkataan
'gelap tak nampak' oleh Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahim (BN-Baling) ketika
pencelahan P Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) yang disifatkan rasis.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat baharu, Datuk Azhar Azizan
Harun berkata persidangan akan disambung semula pada 10 pagi, hari ini.
Terdahulu, usul pelantikan enam ahli Jawatankuasa Pemilih yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan diluluskan sebulat suara tanpa dibahaskan.