PUTRAJAYA, 25 Julai – Kelibat bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dekat sini masih lagi tidak kelihatan kerana tayar kenderaan yang dinaikinya pancit pagi tadi.

Guan Eng yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang sepatutnya menyambung memberi keterangan pada jam 10 pagi sebagai saksi dalam kes projek terowong dasar laut kerajaan Pulau Pinang.

Guan Eng menulis dalam laman sosial Facebook beliau bahawa kenderaan yang dinaikinya bersama Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer pancit ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Tayar kereta pancit semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama Sdr Rayer. Terima kasih kepada anggota PLUSRonda Encik Anas dan En Firdaus yang datang untuk memberikan bantuan.

“YB Rayer pula tolong “jaga trafik”.

“#DahSettle,” tulisnya.