KUALA LUMPUR, 31 Julai ― Pemimpin parti Republikan telah menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menunda pilihan raya presiden AS yang dijadualkan pada November ini.
Trump membuat cadangan itu atas dakwaan peningkatan undi pos akan mendorong berlakunya penipuan dan keputusan tidak tepat.
Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell dan Ketua Dewan Minoriti, Kevin McCarthy telah bersama-sama menolak idea itu.
Trump tidak mempunyai kuasa untuk menunda pilihan raya kerana sebarang penundaan harus dipersetujui oleh Kongres.
Beliau mahu menundanya sehingga rakyat dapat “memilih dengan betul, aman dan selamat” tetapi tidak banyak bukti yang menyokong dakwaan Trump itu, kata mereka.
Amerika Syarikat mahu mempermudah pengundian melalui pos kerana kebimbangan kesihatan awam terhadap wabak COVID-19.
Campur tangan Trump dalam pilihan raya itu muncul selepas angka baru menunjukkan ekonomi AS telah mengalami penguncupan terburuk sejak Kemelesetan Ekonomi pada tahun 1930-an. - AGENSI