PORT DICKSON, 1 Ogos -- Sebanyak 31 kompaun dikeluarkan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak seminggu lalu, kata ketua polis daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed hari ini.
Katanya, notis kompaun itu dikeluarkan semasa pemeriksaan dilakukan di kawasan pantai di Port Dickson, Lukut dan Teluk Kemang.
Beliau berkata kompaun itu juga dikeluarkan untuk kesalahan yang merangkumi berkhemah di pantai selepas tengah malam kerana tidak ada aktiviti yang dibenarkan selepas waktu itu.