WASHINGTON, 17 Ogos -- Robert Trump, adik bongsu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meninggal dunia pada malam Sabtu, selepas berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di Manhattan, New York.
Donald Trump dalam satu kenyataan dikeluarkan Rumah Putih bagaimanapun tidak mendedahkan punca penyakit yang menyebabkan kematian adiknya berusia 72 tahun itu.
"Dengan berat hati saya mahu berkongsi adik kesayangan saya, Robert sudah meninggal dunia malam tadi.
"Dia bukan saja seorang adik tetapi juga sahabat baik saya. Kita pasti akan merinduinya dan akan bertemu semula.
"Semua memori bersama dia akan terus terpahat dalam hati saya," kata Trump.
Presiden AS itu memiliki hubungan yang sangat baik dengan Robert yang pernah berkhidmat dengan Trump Organisation. - AFP