Azwanddin letak jawatan presiden JMM


SHAH ALAM, 2 Ogos -- Datuk Azwanddin Hamzah telah meletak jawatan sebagai presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkuatkuasa hari ini setelah menerajui badan bukan kerajaan itu selama 13 tahun.

Jawatan itu akan disandang oleh anggota Majlis Tertinggi JMM, Azlan Johar, 57, berkuatkuasa esok.

Azlan, yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan, memberitahu bahawa beliau akan meneruskan legasi Azwanddin pada sidang media hari ini.

"Setelah tempoh Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan berakhir, JMM merancang untuk ke seluruh negara untuk menarik ahli baru," katanya.