Filipina lapor kes COVID-19 tertinggi


MANILA, 2 Ogos -- Filipina pada Ahad melaporkan 5,032 kes baru positif COVID-19, peningkatan harian terbesar sejak kes pertama dikesan 30 Januari lalu.

Ini menjadikan kes keseluruhan COVID-19 di negara sebanyak 103,185.

Jabatan Kesihatan Filipina berkata sebanyak 20 kematian baru berkaitan COVID-19 dilaporkan.

Jumlah kematian di negara itu meningkat hingga 2,059 kes.

Presiden Rodrigo Duterte dijadualkan bertemu anggota kabinet utama pada Ahad bagi membincangkan wabak berkenaan.