JAKARTA, 1 Ogos -- Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 109,936 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,560 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 57,816 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 62 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini 5,193 orang.
Bagi tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan kes positif baharu tertinggi iaitu 368 kes, diikuti Jawa Timur (235), Jawa Tengah (143) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.