Kim Jong Un lantik PM baharu Korea Utara

PYONGYANG, 15 Ogos -- Kim Jong Un, pemimpin tertinggi Korea Utara melantik Kim Tok Hun sebagai perdana menteri baharu negara itu, lapor agensi rasmi berita Korea pada Jumaat.

Kim Tok Hun dilantik untuk menggantikan Kim Jae Ryong, setelah keputusan diumumkan pada Khamis dalam mesyuarat politburo Parti Pekerja, yang dipengerusikan Jong Un sendiri, kata laporan itu.

Namun, laporan itu tidak menjelaskan lanjut alasan pelantikan tersebut.

Sebelum ini, Tok Hun merupakan ketua jawatankuasa belanjawan parlimen sebelum dilantik perdana menteri. - SuaraKini