SATU letupan besar telah menggegarkan
Beirut, Lubnan pada petang Selasa, memusnahkan hampir kesemua bangunan di
seluruh bandar. Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ribuan cedera. Letupan
itu berpunca daripada amonium nitrat berjumlah 2,700 tan yang disimpan di sebuah
gudang di Pelabuhan Beirut.
Jadi, apa itu amonium nitrat?
Memetik sumber Wikipedia, amonium
nitrat ialah sebatian kimia dengan formula kimia NH4NO3 yang berwarna putih
serta sangat larut dalam air. Sebatian ini terdiri daripada kation amonium dan
anion nitrat.
Amonium nitrat biasanya digunakan
dalam bidang pertanian sebagai baja nitrogen. Selain itu, sebatian ini juga
digunakan sebagai bahan letupan dalam bidang pelombongan dan pembinaan awam.
Penghasilan dan tindak balas amonium nitrat
Amonium nitrat dihasilkan dalam
industri melalui tindak balas asid dan bes, yakni antara ammonia dan asid
nitrik.
NH3 + HNO3 à
NH4NO3
Amonium nitrat bertindak balas
dengan hidroksida logam untuk menghasilkan ammonia dan nitrat logam alkali.
Dalam persamaan di bawah, M mewakili logam alkali seperti natrium dan kalium.
NH4NO3 + MOH à
NH3 + H2O + MNO3
Amonium nitrat akan terurai
menjadi nitrus oksida dan air apabila dipanaskan.
NH4NO3 à N20 + H2O
Walau bagaimanapun, dalam letupan
atau pembakaran pantas, amonium nitrat akan terurai menjadi gas nitrogen, gas
oksigen dan air.
2NH4NO3 à 2N2 + O2
+ 4H2O
Keselamatan penggunaan amonium nitrat
Amonium nitrat terurai menjadi
nitrus oksida dan wap air apabila dipanaskan, tetapi boleh terurai secara
letupan. Sifat amonium oksida sebagai pengoksida boleh memarakkan letupan
dengan mudah, menjadikan amonium nitrat memiliki risiko kebakaran yang besar.
Letupan kecil yang melibatkan amonium hidroksida adalah agak lazim, tetapi beberapa bencana besar pernah direkodkan seperti letupan di Tianjin, China pada 12 Ogos 2015 yang melibatkan kira-kira 800 tan sebatian amonium nitrat; jumlah kematian rasmi ialah 173 orang dengan kira-kira 800 orang kematian.