![]() |
Ketua Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor (kanan, buka pelitup muka) sedang berborak dengan Tan Sri Musa Aman pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama pimpinan Sabah malam ini. |
KOTA KINABALU, 29 Ogos -- Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menghadiri majlis perjumpaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pimpinan Sabah malam ini.
Musa yang tiba kira-kira 7.30 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, disambut beberapa pemimpin, termasuk Ketua Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor.
Turut hadir ialah Pengerusi Barisan Nasional dan UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Majlis perjumpaan itu turut dihadiri pemimpin dari UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), STAR, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA dan SAPP.