TOKYO, 29 Ogos -- Parti pemerintah Jepun, parti Demokratik Liberal (LDP) akan memilih pengganti Perdana Menteri, Shinzo Abe pada 15 September, menurut agensi berita Kyodo pada Sabtu.
Perkara itu susulan peletakan jawatan Abe atas faktor kesihatan pada Jumaat.
Seorang pemimpin dari LDP hampir pasti akan menjadi perdana menteri kerana kedudukan majoriti parti LDP dalam dewan perwakilan parlimen.
Pada Jumaat, Abe berkata beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang dihidapinya, penyakit yang menyebabkannya berundur buat seketika pada 2007.
Ia menandakan berakhirnya penggal beliau dan bermulanya saingan untuk menggantikan perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat itu.
Bekas menteri pertahanan negara itu, Shigeru Ishiba menyatakan minat untuk bertanding.
Manakala, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga dan Menteri Pertahanan, Taro Kono juga dilihat sebagai antara calon berpotensi menggantikan Abe.
Sementara itu, timbalan perdana menteri, Taro Aso berkata, beliau tidak merancang untuk bertanding sebagai pengganti Abe.