TOKYO, 19 Ogos -- Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe kembali bertugas pada Rabu setelah bercuti tiga hari termasuk lawatan beliau ke hospital dan menimbulkan spekulasi mengenai keadaan kesihatannya, lapor agensi berita Sputnik.
"Saya menjalani pemeriksaan sehari sebelumnya untuk menjaga kesihatan saya. Saya kembali bertugas sekarang dan saya berharap dapat bekerja keras," kata Abe.
Khabar angin mengenai keadaan ahli politik berusia 65 tahun itu muncul setelah beliau dilaporkan muntah darah pada bulan Julai lalu.
Tambahan pula, orang-orang yang rapat dengan Abe berkata bahawa perdana menteri itu mula menunjukkan tanda-tanda kelelahan setelah berbulan-bulan mengarahkan tindakan untuk mengekang penularan COVID-19 di negara itu.
Pembantu Abe berkata bahawa lawatan Abe ke hospital pada Isnin adalah pemeriksaan berkala.