KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Datuk Seri Ramlan Ibrahim meletak jawatan sebagai ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuatakuasa semalam, 31 Julai.
Menurut kenyataan SPR, perkara tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“SPR mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih epada YBhg Datuk Seri Ramlan bin Ibrahim, atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai ahli SPR,” menurut kenyataan itu.
Ramlan merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri sebelum dilantik sebagai ahli SPR pada Februari tahun lalu.