KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- "Kita tak boleh berpisah dengan UMNO, tak boleh berpisah dengan Bersatu".
Demikian luahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penyatuan ketiga-tiga parti Melayu iaitu UMNO, Bersatu termasuk parti beliau telah berjaya disatukan.
"Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti," katanya dalam siaran Facebook malam tadi.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahwa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun tidak menyertai gabungan itu secara rasmi.
Zahid berkata, UMNO membuat keputusan tidak menyertai PN, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan parti dalam komponen BN.
"Sokongan kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan ahli parlimen UMNO dan BN serta ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pembentukan kerajaan pusat dan di beberapa negeri.
"Ini bukan pengumuman untuk menarik diri daripada kerajaan PN. Keputusan saya di sini adalah untuk mengumumkan bahawa kita tidak akan menyertai pembentukan PN," katanya pada Khamis lepas.
PAS juga akan meneruskan kerjasama di antara parti dalam PN yang membentuk kerajaan ketika ini, sambil memperkasakan hubungannya dengan UMNO menerusi MN.
Abdul Hadi sebelum ini juga pernah menegaskan bahawa PAS tiada masalah untuk meneruskan kerjasama dengan parti dalam PN, termasuk BERSATU yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Keputusan MN mempelawa BERSATU untuk menyertai pakatan itu bukanlah perkara yang mengejutkan.
"Namun, keputusan sama ada BERSATU menerima atau sebaliknya pelawaan itu, akan diputuskan Majlis Tertinggi parti," katanya ketika ditemui selepas mengimamkan solat sunat Aidiladha di Masjid Rusila, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Presiden BERSATU sudah membincangkan perkara untuk bergabung bersama dalam MN sejak berbulan lalu.
Abdul Hadi mengulangi pendirian bahawa PAS akan terus bekerjasama dengan UMNO dan BERSATU.
