KUALA LUMPUR, 8 Ogos -- Datuk Zainuddin Yaacob yang baharu dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bakal memulakan tugas rasminya pada 10 Ogos, Isnin ini.

Pelantikan beliau susulan penyandangnya, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad bersara wajib pada 28 Jun lepas.

Pada Jumaat, majlis serah terima tugas telah diadakan di sini dan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

Sebelum ini, Zainuddin pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Kedah.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur. - SuaraKini