KUALA LUMPUR, 1 Ogos  -- Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) hari ini menggesa ahli politik negeri Sabah supaya menghentikan amalan 'melompat parti' dan sepatutnya memberi tumpuan menyelesaikan masalah yang melanda negeri Di Bawah Bayu itu.

Presiden Patriot, Datuk Mohamed Arshad Raji dalam satu kenyataan, berkata ahli politik Sabah seharusnya berusaha untuk menaikkan taraf sosioekonomi rakyat Sabah.

Menurut beliau, walaupun Sabah kaya dengan khazanah alam semula jadi dan biodiversiti, namun negeri berkenaan masih antara kawasan yang mundur di Malaysia.

"Selama berdekad lamanya Sabah juga menghadapi masalah isu migran. Isu yang nampaknya tiada berkesudahan ini turut menyebabkan masalah sosioekonomi dan keselamatan yang serius di Sabah,” katanya.

Pada Khamis, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri sekali gus memberi laluan kepada raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari, yang dijangka pada hujung September.

Sehari sebelumnya (29 Julai), bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Artikel berkaitan: