KUALA
LUMPUR: Disebabkan penularan pandemik COVID-19, pentas
akhir Hero Remaja terpaksa ditangguhkan hampir tiga bulan.
Bagaimanapun penantian
itu sangat berbaloi apabila peserta, Nadhir Nasar dari Selangor dinobatkan
sebagai juara Hero Remaja 2020.
Menerusi kemenangan
itu, dia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta
selempang dan trofi.
Tempat kedua jatuh
kepada Umar Hisham manakala Meerqeen hanya berpuas hati dengan menduduki tempat
ketiga.
Untuk malam kemuncak
Hero Remaja 2020, para peserta akhir ditugaskan untuk melakukan sebuah video
pesanan khidmat masyarakat (PSA) dan juga menjawab soalan yang diberikan oleh
juri.
Kesemua finalis telah
diadili barisan juri yang terdiri daripada Datuk Hans Issac dan Scha Alyahya
selaku juri tetap serta Yusry Abdul Halim selaku juri jemputan.
Pentas akhir Hero Remaja telah dihoskan oleh Ain Edruce dan Awal Ashaari.