PM Jepun letak jawatan kerana masalah kesihatan

TOKYO, 28 Ogos -- Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe hari ini mengumumkan peletakan jawatannya kerana masalah kesihatan yang dihadapinya.

"Saya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri," katanya pada sidang media hari ini.

Keputusan itu sekali gus menjadikan beliau sebagai perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara itu.

Dalam pada itu, Abe mendedahkan beliau sedang menderita penyakit radang usus kronik atau UC (ulcerative colitis).

Menurutnya, beliau sudah menerima rawatan baharu untuk penyakit berkenaan, yang perlu dilakukan secara berkala, sekali gus tidak memberinya waktu mencukupi untuk melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri.