KUALA LUMPUR, 28 Julai ― Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah beliau didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah berkaitan dengan dana SRC International sebanyak RM42 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib, 67 tahun, atas ketiga-tiga tuduhan pecah amanah.
Beliau dibebaskan dari hukuman sebatan atas faktor usia.
Nazlan juga menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun setiap satu untuk ketiga-tiga tuduhan pengubahan wang haram.
Bagaimanapun, hakim memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara serentak, yang bermaksud Najib akan menjalani hukuman 12 tahun penjara.
BERITA LANJUT MENYUSUL