KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili telah berkongsi gambar anak
perempuannya yang melawat beliau di hospital setelah beliau dimasukkan ke wad
akibat "penat melampau".
Ongkili, yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu,
tidak hadir pada hari pertama sidang Parlimen pada Isnin lalu adalah bukan
kerana strok.
Menurut setiausaha akhbar Ongkili, Sandra
Sokial, Ongkili sedang bercuti sakit kerana beliau dinasihatkan oleh doktor
untuk berehat kerana penat melampau.
"Selamat pagi. Shalom. Terima kasih Tuhan,
kerana rehat yang cukup, kesihatan saya beransur pulih," tulisnya di laman
Facebooknya pada Ahad.
"Saya belanja wefie dulu bersama anak
sulung saya, Rachel. Anak-anak saya berkeras untuk saya diwadkan di hospital
kerana mereka mahukan saya mendapat the best care," katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada doktor
dan jururawat yang telah memberikan rawatan terbaik kepadanya dan menyatakan
betapa terharu beliau melihat komen dan doa yang mencurah-curah di laman
Facebooknya.
Ongkili dijangka berada di hospital sekurang-kurangnya
beberapa hari lagi.
Pada 13 Julai, dua Ahli Parlimen - Kota Marudu
dan Batu Pahat, Datuk Seri Rashid Hasnon - tidak dapat mengundi dalam usul
untuk menggantikan Speaker, yang dipersetujui dengan majoriti hanya dua undi.
Speaker baru, Datuk Azhar Azizan Harun, dipilih
oleh 111 Ahli Parlimen berbanding 109 yang lain yang membantah. Rashid berkata
beliau tidak memilih Speaker baru kerana beliau ialah timbalan Speaker.
Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Nga Kor Ming meletakkan jawatan sebagai Speaker dan timbalan Speaker pada hari itu juga.
