COVID-19: 132 kes baharu di Singapura

SINGAPURA, 8 Ogos  -- Singapura merekodkan 132 kes baharu COVID-19 dengan sebahagian besar melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan republik itu, satu daripadanya adalah kes penularan dalam komuniti.

Selain itu, enam kes import turut dilaporkan dengan kesemua yang terlibat telah diletakkan di bawah kuarantin di rumah, demikian menurut kenyataan tersebut.

Susulan perkembangan terkini itu, jumlah keseluruhan jangkitan di republik tersebut meningkat kepada 54,929 kes.

Perincian lanjut akan diumumkan pada malam ini, kata kementerian kesihatan negara itu.