KUALA LUMPUR, 8 Ogos -- Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang diumumkan tamat selepas tidak lagi mencatatkan sebarang kes COVID-19.
Menurut sumber Kementerian Kesihatan (KKM), kluster berkenaan mula dikesan pada 24 Mei lalu dengan enam kes positif dilaporkan.
Ini adalah kluster ke-70 yang telah diisytiharkan tamat. DTI Sepang ini terletak di negeri Selangor dalam daerah Sepang dan hanya menjangkiti seramai 72 individu serta tiada kematian dicatatkan dari kluster ini.
Sehingga 8 Ogos, seramai 1,477 individu sudah disaring dan daripada jumlah berkenaan 72 individu disahkan positif.
Manakala, kluster lain yang melibatkan DTI iaitu kluster DTI Bukit Jalil sahaja yang masih aktif.
Sementara itu, Malaysia hanya mencatatkan 7 kes baharu COVID-19 hari ini termasuk 6 kes import dan 1 kes penularan tempatan.
Manakala, 47 kes lagi telah sembuh dan dibenarkan discaj pada hari ini. - SuaraKini