KUALA LUMPUR, 5 Sept -- Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah mempersoalkan kewibawaan moral Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengkritiknya tidak mematuhi perintah kuarantin selepas pulang dari Turki.
Dalam satu hantaran di Facebook beliau malam ini, Khairuddin berkata kritikan Guan Eng terhadap dirinya telah dibuat untuk mengalihkan perhatian daripada berbicara tentang tuduhan yang dihadapi Guan Eng.
Guan Eng sebelumnya berkata serangan Khairuddin terhadap Pakatan Harapan dan DAP minggu lalu dibuat untuk mengalihkan perhatian dari denda kerana tidak mematuhi peraturan kuarantin rumah setelah kembali dari perjalanan luar negara.
Bagaimanapun, Khairduddin hari ini berkata Guan Eng harus fokus membersihkan namanya yang terpalit dengan dakwaan jenayah rasuah.
"Itu kesalahan jenayah yang sangat besar. Itu maksiat besar. Tidak bermoral!
"Beliau masih berhadapan dengan kes rasuah terowong bernilai RM6.3 bilion.
Beliau juga menuduh Guan Eng "tidak tahu malu dan tidak bermoral" menipu kepada Dewan Rakyat kononnya wang GST diromapk.
Terdapat juga tuduhan semasa mengenai projek rundingan terus bernilai RM6 bilion semasa Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.
"Saya rasa beliau ingin mengalihkan perhatian rakyat daripada berbicara tentang kes rasuah yang masih dipalitkan kepada beliau," kata Khairuddin.